COVID-19: Jumlah kematian kini 13,077, berikut 5 tumpuan kenyataan media KKM
Hilmi Malik
Ogos 17, 2021 19:27 MYT
Ogos 17, 2021 19:27 MYT
KUALA LUMPUR : 19,631 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun sedikit berbanding pada hari sebelumnya.
Manakala kadar peratusan bagi pesakit yang tidak mempunyai gejala adalah sebanyak 47.6 peratus atau bersamaan 9,351 kes.
Berikut tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. Sebanyak 9,351 kes atau 47.6 peratus daripada 19,631 kes baharu merupakan pesakit kategori 1 atau tidak bergejala.
2. 78 kes merupakan pesakit kritikal yang mempunyai jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan atau bersamaan 0.4 peratus.
3. Kadar kematian keseluruhan kini 13,077 kes termasuk 293 lagi kematian baharu hari ini.
4. Jumlah kes aktif ketika ini telah menjadi sebanyak 252,147 kes.
5. 1,054 kes masih dirawat di ICU, 525 kes memerlukan bantuan pernafasan.
#KKM
#koronavirus
#kes kematian
#kes baharu
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#jumlah kematian
#Noor Hisham Abdullah
#jangkitan
#ICU