COVID-19: JPBN Sarawak nafi mesej tular kemungkinan perintah berkurung

Syafik Shukri Jalil
Mac 29, 2020 04:27 MYT
Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad. FOTO: JPBN Sarawak
Mesej yang tular menerusi aplikasi Whatsapp di Sarawak mengenai seorang individu yang dikatakan akan membuat kunjungan bagi mengambil data penduduk di Kampung No 3 berdekatan Surau Darul Uyuun di Kuching, Sarawak adalah palsu.
Perkara tersebut disahkan palsu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Ahad.
Menerusi mesej tersebut, dinyatakan juga kemungkinan Kampung No 3,4 dan 6 di kawasan tersebut akan dikenakan perintah berkurung (lockdown).
Justeru data tersebut diperlukan bagi urusan penghantaran makanan serta keperluan semasa penduduk di kawasan tersebut.
#berita palsu #coronavirus #COVID-19 #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #koronavirus #Kuching #lockdown #perintah berkurung #Sarawak