COVID-19: Jangkitan harian kembali melonjak kepada 13,034 kes

Astro Awani
Julai 22, 2021 09:43 MYT
Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 6,049 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791) dan Negeri Sembilan (711). - Bernama
KUALA LUMPUR: Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara kembali melonjak apabila merekodkan 13,034 kes, kedua tertinggi sejak ia virus ini mula di kesan tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan kumulatif kes COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 964,918 kes.
Kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 13,215 kes pada 15 Julai lalu.
Kes aktif COVID-19 yang dilaporkan ketika ini adalah 142,051 kes dengan 938 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 459 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Selangor kekal menjadi negeri yang merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 6,049 kes.
Ia diikuti Kuala Lumpur (1,611), Johor (791) dan Negeri Sembilan (711).
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan jumlah kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu adalah 134 kes dengan kumulatif kematian ketika ini adalah 7,574 kes.
Kes sembuh baharu pula adalah 8,436 dengan jumlah keseluruhan kes yang telah sembuh adalah 815,293.
Berikut pecahan jangkitan baharu COVID-19 mengikut negeri hari ini:
Selangor - 6,049 (343,946)
Kuala Lumpur - 1,611 (103,537)
Johor - 791 (81,782)
Negeri Sembilan - 711 (64,795)
Kedah - 701 (35,457)
Sarawak - 644 (72,857)
Sabah - 497 (77,424)
Terengganu - 391 (13,549)
Pulau Pinang - 371 (40,489)
Melaka - 353 (26,641)
Perak - 284 (32,426).
Pahang - 261 (20,100)
Kelantan - 240 (38,533)
Putrajaya - 100 (3,217)
Labuan - 24 (9,527)
Perlis - 6 (638)

Sehingga 22 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 13,034 kes (964,918 kes). Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 6,049 (343,946) WPKL - 1,611 (103,537) Johor - 791 (81,782) Sabah - 497 (77,424) Sarawak - 644 (72,857) Negeri Sembilan - 711 (64,795) pic.twitter.com/0vQo6f6L5r

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Status Terkini #COVID19, 22 Julai 2021 Kes sembuh= 8,436 Jumlah kes sembuh= 815,293 Kes baharu positif= 13,034 (25 import) Jumlah positif= 964,918 Kes kematian= 134 Jumlah kes kematian= 7,574 Kes dirawat di ICU= 938 Bantuan alat pernafasan= 459 pic.twitter.com/Ba0yjIVj16

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Noor Hisham Abdullah #COVID-19 #jangkitan #jangkitan baharu COVID-19 #Kes baharu COVID-19 #kes kematian #kematian COVID-19 #kes harian kedua tertinggi #kes COVID-19 lebih 13 000