COVID-19 : IPT diminta tunggu arahan dan nasihat KKM - Zambry

Bernama
Disember 18, 2023 15:31 MYT
Zambry berucap pada Majlis Penutup Pertandingan Akhir Debat Diraja IPT 2023 edisi ke-24 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meminta pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) merujuk kepada nasihat atau arahan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi langkah pencegahan penularan wabak COVID-19.
Beliau berkata sebarang nasihat dan arahan daripada KKM sepatutnya dijadikan panduan untuk IPT bagi melaksanakan langkah-langkah yang seterusnya.
"Saya telah maklumkan beberapa hari lalu, iaitu apa pun tindakan yang hendak dilakukan oleh pihak universiti, hendaklah berasaskan kepada apa yang dimaklumkan atau diarah oleh KKM.
"Apa-apa pun kita bergantung apa yang disebut mereka (KKM), saya tak boleh keluarkan kenyataan berkaitan dengan hal ehwal kesihatan," katanya kepada media selepas majlis penutup Pertandingan Debat Diraja Antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 Edisi ke-24, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan untuk mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Institusi Pengajian Tinggi #Zambry Abd Kadir #Kementerian Kesihatan #KKM
;