COVID-19: Ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
November 11, 2020 18:03 MYT
Berikut lima tumpuan sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
KUALA LUMPUR: Satu lagi lokasi telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Rabu, sementara jumlah individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) masih pada tiga angka.
Berikut lima tumpuan sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini:
1. Sejumlah 536 individu ditahan polis semalam atas kesalahan ingkar arahan PKP. Daripada jumlah itu, seramai 527 individu telah dikompaun, lapan direman dan seorang lagi dijamin.
2. Operasi Benteng semalam turut menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI), lima penyeludup dan enam kenderaan darat dalam operasi yang diadakan seluruh negara.
3. Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKPD di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang Selangor berkuat kuasa 12 November sehingga 25 November 2020.
4. Kerajaan mengekalkan keputusan untuk menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.
5. PKPD di Pangsapuri Mutiara Kasih dan Taman Khazanah Indah, Lahad Datu, yang sepatutnya berakhir pada 23 November, ditamatkan hari ini.
#PKP #PKPB #PKPD #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan #Menteri Kanan Pertahanan #ismail sabri yaakob #Piala Malaysia
;