COVID-19: Ini bukan masa bermain politik - Afifi Al-Akiti

Astro Awani
Ogos 10, 2021 06:27 MYT
Afifi berkata, perang pandemik memerlukan prosedur penyelesaian yang perlu diikuti dan tiada rungutan daripada rakyat seperti di United Kingdom. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu berunding dalam isu COVID-19 untuk memastikan keputusan dibuat melapangkan semua pihak.
Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti berkata, perang pandemik memerlukan prosedur penyelesaian yang perlu diikuti dan tiada rungutan daripada rakyat seperti di United Kingdom (UK).
"Di sini (UK), memang kita faham, kalau di pihak kerajaan, atau tahap pembuat polisi. Kalau memang di pihak pembangkang, mungkin ada pandangan atau mazhab berbeza.
"Jadi, disebabkan itu, perlu ada pengurusan pendapat. Kalau di kerajaan yang lebih berjaya di dunia ini, secara amnya, nasihat dari ulama dan lainnya, perlu ada musyawarah.
"Kita faham, kerajaan atau eksekutif itu memang ada kuasa untuk membuat keputusan. Tetapi, pada masa sama, apa salahnya kita berunding, walaupun di belakang tabir, untuk berkongsi apa yang kita hendak lakukan.
"Jadi, ini apa yang berlaku di negara demokrasi matang seperti di UK," katanya.
Afifi berkata demikian pada sidang maya di dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
COVID-19: Ini bukan masa bermain politik
#COVID-19 #pandemik #lockdown #vaksin #pembangkang #ulama #United Kingdom #Islam #Afifi al-Akiti #demokrasi matang #mesyuarat #runding
;