COVID-19: HTAR hadkan kehadiran pelawat

Najmi Syahiran Mamat
Mac 12, 2020 12:44 MYT
HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak. Gambar fail.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta pada Rabu susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
HTAR dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook rasminya, memaklumkan langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital berkenaan.
"Selain menghadkan bilangan pelawat, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun juga dilarang sama sekali melawat ke wad.
"Tempoh lawatan ke wad juga dipendekkan iaitu dari pukul 1 tengah hari sehingga 2 petang dan 5 petang sehingga 6.30 petang setiap hari termasuk cuti umum dan cuti am," menurut kenyataan itu, pada Rabu.
HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak.
#COVID-19 #Facebook #Hospital #Hospital Tengku Ampuan Rahimah #Kanak-kanak #Klang
;