COVID-19: Harap NPRA akan lulus vaksin untuk bawah 18 tahun - Jemilah Mahmood

Afiezy Azaman
Mei 6, 2021 09:43 MYT
Jemilah berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara KKM akan meluluskan penggunaan vaksin terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berharap Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 terhadap mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Ia susulan pengumuman oleh Kanada yang menjadi negara pertama di dunia membenarkan penggunaan vaksin Pfizer terhadap mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun.
Kata Penasihat Khas Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam itu, perkara berkenaan merupakan satu berita baik.

This is great news! I pray @KKMPutrajaya NPRA will also approve this. 30% of our population <18 years of age. To achieve herd immunity this is an important group who are also at risk of infection https://t.co/zpKsxVK0aX

— Dr Jemilah Mahmood (@JemilahMahmood) May 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini berita baik! Saya berdoa semoga NPRA juga akan meluluskan perkara ini.
"30 peratus populasi kita berumur 18 tahun ke bawah. Untuk mencapai imuniti kelompok, kumpulan ini penting diberi perhatian kerana mereka juga berisiko terkena jangkitan," katanya dalam ciapan akaun media sosial Twitter miliknya, hari ini.
Terdahulu, Penasihat Kanan di Kementerian Kesihatan Kanada, Supriya Sharma berkata, vaksin Pfizer yang dihasilkan dengan kerjasama BioNTech selamat dan berkesan pada kumpulan usia yang lebih muda.
Menurut laporan Reuters, Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat juga dijangka mengambil langkah serupa tidak lama lagi.
#Twitter #Amerika Syarikat #Bahagian Regulatori Farmasi Negara #COVID-19 #vaksin #Pfizer #BioNTech #Kanada #Kementerian Kesihatan #Jemilah Mahmood #NPRA #KKM
;