COVID-19: Hampir semua kawasan di Semenanjung dalam zon merah

Astro Awani
Mei 22, 2021 06:23 MYT
Dr Noor Hisham berkongsi situasi semasa daerah-daerah di seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Hampir kesemua kawasan di Semenanjung berada dalam zon merah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi akaun Twitter rasminya berkongsi situasi semasa daerah-daerah di seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19.

Situasi semasa daerah-daerah di seluruh negara berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes COVID19.

Duduk di rumah. Kita putuskan rantaian jangkitan COVID-19. pic.twitter.com/YOx52dRObv

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 22, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hanya empat daerah berada di dalam zon kuning, iaitu di Sik, Gua Musang, Kemaman dan Rompin.
Manakala lapan daerah lagi berada di dalam zon jingga.
Ia termasuk Kangar, Padang Terap, Hulu Terengganu, Maran, Cameron Highlands, Mersing, Tampin, Kampar dan Perak Tengah.
Di Sarawak, masih terdapat tiga daerah dalam zon hijau manakala di Sabah, 8 daerah berada di dalam zon hijau.
Beliau menggesa orang ramai agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan duduk di rumah.
#COVID-19 #zon merah #Noor Hisham Abdullah #SOP #Gua Musang #Cameron Highlands #Rompin #Kemaman #terengganu #Kangar
;