COVID-19: Golongan berisiko anafilaksis tidak digalakkan divaksin - KKM
Faris Danial Razi
Februari 18, 2021 22:01 MYT
Februari 18, 2021 22:01 MYT
KUALA LUMPUR: Individu yang mempunyai alahan terhadap vaksin atau risiko anafilaksis, tidak disarankan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, jelas Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Kalaiarasu M Peariasamy, golongan tersebut perlu melakukan saringan alahan dan sejarah kesihatan lain dan maklumkan kepada pengamal perubatan.
“Biasanya seseorang yang ada masalah alahan ataupun anafilaksis, mereka telah pun tahu kerana mereka sepatunya sudah tahu rekod kesihatan mereka.
“Mereka perlulah mengumumkan ini kepada pengamal perubatan yang akan menjalankan prosedur vaksinasi.
“Sekiranya mereka tidak memberitahu perkara ini dan mereka terdedah kepada risiko anafilaksis, ini akan membawa kepada situasi di mana kita perlu kawal.
“Jadi dari segi amalannya perkara ini diperhatikan, dari segi pemberian medical history yang tepat, dan jika seseorang itu ada risiko anafilaksis, sekarang dari segi amalannya mereka tidak disyorkan untuk menerimanya kerana risiko anafilaksis," katanya.
Bagaimanapun, Dr Kalairasu menegaskan perkara atau situasi alahan itu amatlah terpencil sekali.
“Daripada apa yang dilaporkan di Amerika Syarikat, mereka menggunakan sistem mereka dan mendapati isu anafilaksis amat sedikit, perlu kita tahu, ia adalah very rare.
“Ini adalah risiko yang amat sedikit, walaupun demikian, setiap daripada pusat pemantauan dan kebanyakan daripada anafilaksis ini hampir berlaku dalam tempoh masa 30 minit.
“Untuk itu, perkara ini boleh diteliti dan jika perlu boleh buat rawatan kecemasan dan selanjutnya," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika Sesi Libat Urus Darurat COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Siri 3, Keselamatan Dan Keberkesanan Vaksin COVID-19 serta strategi KKM bagi melindungi golongan berisiko tinggi pada Khamis.
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#kesihatan
#perubatan
#vaksin
#suntikan vaksin
#alahan
#anafilaksis
#MyVaksinCOVID19