COVID-19: Empat lagi kluster baharu dikenal pasti
Hilmi Malik
November 13, 2020 20:00 MYT
November 13, 2020 20:00 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan empat lagi kluster baharu yang dikenali sebagai Kluster Bonggaya, Kluster Jambatan B, Kluster Abell dan Kluster BMU.
Berikut merupakan perincian bagi setiap kluster berkenaan:
1. Kluster Bonggaya
- Kluster ini dikesan di Sandakan Sabah hasil saringan komuniti yang disahkan positif pada 27 Oktober lalu.
- Saringan kontak rapat mengesan 45 lagi kes positif COVID-19.
- Kes telah dimasukkan ke Hospital ke Duchess of Kent, Sandakan.
2. Kluster Jambatan B
- Kluster ini juga dikesan di Sandakan Sabah hasil saringan individu bergejala dan disahkan positif pada 17 Oktober.
- Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19.
3. Kluster Abell
- Kluster baharu ini dikesan di daerah Kuching, Sarawak.
- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.
- Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.
4. Kluster BMU
- Kluster ini melibatkan daerah Jasin di Melaka.
- Kes dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November lalu.
- Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan lagi kes positif COVID-19.
- Kes telah dimasukkan ke Hospital Melaka.