COVID-19: Empat lagi jangkitan varian South African B.1.351 dikenal pasti
Astro Awani
April 24, 2021 19:04 MYT
April 24, 2021 19:04 MYT
KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan COVID-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah ini, tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat.
Manakala satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu kes COVID-19 yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau menjelaskan survelan genomik COVID-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara.
Dr Noor Hisham memaklumkan, ia susulan daripada penemuan 17 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan kepada KKM dari bulan Januari sehingga Mac tahun ini.