KUALA LUMPUR: Sarawak melaporkan empat kematian akibat COVID-19 menerusi dua kes di Sibu dan satu kes masing-masing di Bintulu dan Miri.
Pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian akibat COVID-19 di negeri itu meningkat kepada 73 kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua kes kematian mempunyai ko-morbid darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang peringkat akhir dan dislipedimia.
“Kes kematian ke-70 merupakan kes 4,541 berusia 48 tahun dimasukkan Hospital Miri selepas mengalami simptom COVID-19 dan disahkan positif pada 1 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021.
“Seterusnya kes kematian ke-71 merupakan kes 5,514 berusia 45 tahun dimasukkan ke Hospital Bintulu juga selepas mengalami simptom disahkan positif pada 6 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021,” kata kenyataan itu.
Manakala kes kematian ke-72 dan 73 di Hospital Sibu pula melibatkan kes 5,911 dan 2,086 masing-masing berusia 58 dan 77 tahun.
Kes ke-72 disahkan positif pada 9 Februari dan meninggal dunia pada 19 Februari 2021 sementara kes ke-73 disahkan positif pada 16 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 20 Februari 2021.
Selain itu, 134 kes positif terbaharu dilaporkan dan Sibu kekal menyumbang angka tertinggi dengan 53 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 7,758.
Ia diikuti Bintulu (19), Kuching (15), Kapit (12), Samarahan (10), Song (8), Miri (empat), Bukit Mabong (tiga), Selangau, Sri Aman dan Sebauh (dua) serta satu kes di Bau, Julau, Meradong dan Belaga.
“24 kluster dilaporkan masih aktif dengan tujuh kluster mencatatkan pertambahan kes positif.
“Kluster Pasai di Sibu mencatatkan kes positif tertinggi dengan 20 kes baharu menjadikan jumlah kes kluster ini kepada 2,635 kes,” tambahnya.
Antara lain, daerah Sri Aman kini dikategorikan sebagai zon jingga selepas 22 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 lepas.
Manakala daerah Lundu kembali dikategorikan sebagai zon kuning selepas hanya melaporkan sembilan kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama.
Syafik Shukri Jalil
Sat Feb 20 2021
![COVID-19: Empat kematian, 134 kes positif di Sarawak COVID-19: Empat kematian, 134 kes positif di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613387923_PetugasSelCareCO.jpg)
Selain itu, 134 kes positif terbaharu dilaporkan dan Sibu kekal menyumbang angka tertinggi dengan 53 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kepada 7,758. FOTO: Astro AWANI
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Julai 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion daripada 4.58 bilion unit bernilai RM3.72 bilion pada Jumaat.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 16 Julai 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi MYR berbanding SGD.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Julai 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.
![Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721096727_RoyalOmanPolice.jpg)
Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.
![Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647267418_Reconstructionofth.jpg)
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
![Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634456600_TBKARIM.jpg)
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
![Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633693167_TGV.jpg)
Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.
![COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5 COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630592562_swabtest.jpg)
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
![COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2 COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632822541_COVID.jpg)
COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.
![1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak 1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632899749_TBSILINDER.jpg)
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.
![COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5 COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631692941_Frontliner.jpg)
COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
![Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61632647229_KJSarawak.jpg)
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
![KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632640628_HospitalSriAman.jpg)
KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
![COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2 COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631013442_SaringanCovid.jpg)
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
![Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632565700_Uggah.jpg)
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.