COVID-19: Elak guna tandas awam kotor - Dr Noor Hisham

Hasimi Muhamad
Mei 7, 2020 09:47 MYT
Dr Noor Hisham berkata kerjasama semua pihak penting dalam memastikan kebersihan sentiasa diutamakan bagi mencegah penularan jangkitan pandemik tersebut dalam kalangan orang ramai. - Gambar fail
Orang ramai disarankan agar tidak menggunakan tandas awam yang kotor bagi mengelak terkena jangkitan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata masyarakat perlu sentiasa mengutamakan kebersihan diri memandangkan jangkitan boleh berlaku di kawasan yang tertutup dan tidak bersih.
“Kita nasihatkan kepada semua supaya mengambil tindakan iaitu meningkatkan kebersihan diri.
“Kalau tandas awam itu kotor, kalau boleh jangan guna tandas awam tersebut. Pilihan atas kita tetapi kita juga (mahu) memastikan para majikan yang mengelola tandas awam tersebut untuk sentiasa melaksanakan tindakan-tindakan kebersihan nyah kuman dan nyah kebersihan di kawasan tersebut.
BACA: COVID-19: 39 kes baharu, 74 pulih dan tiada kematian
BACA: COVID-19: Kluster pengawal keselamatan dikesan
“Ini penting sebab jangkitan boleh berlaku di tempat yang tertutup dan kawasan-kawasan yang tidak bersih,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung dakwaan bahawa kawasan tandas awam tidak diselia dengan baik untuk kegunaan orang awam.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata kerjasama semua pihak penting dalam memastikan kebersihan sentiasa diutamakan bagi mencegah penularan jangkitan pandemik tersebut dalam kalangan orang ramai.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kesihatan #koronavirus #Media #Noor Hisham Abdullah #PKP #PKPD #tandas awam