COVID-19: DUN Sarawak hanya bersidang sehari pada 13 April

Rudi Affendi Khalik
Mac 19, 2020 10:52 MYT
Orang awam dan pelawat tidak dibenarkan untuk datang menyaksikan persidangan bagi mengurangkan risiko penularan wabak.
Mesyuarat pertama bagi penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berlangsung sehari pada 13 April depan bermula jam 9 pagi.
Langkah memendekkan persidangan DUN Sarawak itu susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
DUN Sarawak dalam kenyataannya pada Rabu menjelaskan tiada Istiadat Pembukaan Penggal dan Majlis Jamuan Negeri akan diadakan pada hari tersebut seperti sebelum ini.
Sehubungan itu, hanya pihak media, anggota pentadbiran termasuk setiausaha politik, ADUN dan ketua-ketua jabatan sahaja yang akan dibenarkan menghadiri persidangan tersebut.
BACA: Abang Johari umum lima tindakan kawalan pergerakan di Sarawak
BACA: COVID-19: Bekalan makanan di Sarawak mencukupi, termasuk di luar bandar - Abang Jo
Orang awam dan pelawat tidak dibenarkan untuk datang menyaksikan persidangan bagi mengurangkan risiko penularan wabak.
Pihak DUN Sarawak memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.
#ADUN #COVID-19 #Dewan Undangan Negeri Sarawak #DUN Sarawak #koronavirus #Kuching #Sarawak
;