COVID-19: Dua lagi kluster baharu dikesan di Selangor, Melaka
Umavathi Ramayah
Oktober 19, 2020 18:30 MYT
Oktober 19, 2020 18:30 MYT
PUTRAJAYA: Dua lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini melibatkan Selangor dan Melaka, hasil saringan individu bergejala.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster di Selangor itu dikenali sebagai Kluster Hentian yang melibatkan daerah Hulu Langat.
Sementara Kluster Bukit pula katanya dikesan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin di Melaka.
Kluster Hentian
- Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-18,664 dikenal pasti positif, hasil daripada saringan individu bergejala pada 15 Oktober lalu.
- Dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
- Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam lagi kes positif COVID-19.
- Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring termasuk tujuh daripadanya dikesan positif manakala 120 individu masih menunggu keputusan.
Kluster Bukit
- Kes indeks bagi kluster ini adalah kes ke-17,531 dikenal pasti positif, hasil daripada saringan individu bergejala pada 13 Oktober lalu.
- Dimasukkan ke Hospital Melaka.
- Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 14 lagi kes positif COVID-19.
- Sehingga 19 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 89 individu telah disaring termasuk 15 kes dikesan positif sementara satu kes lagi masih menunggu keputusan.