COVID-19: Dua kluster penjara di Sabah terus catat peningkatan kes positif

Syafik Shukri Jalil
Julai 20, 2021 15:07 MYT
Pertambahan kes positif ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 75,796 setakat ini. FOTO: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua kluster melibatkan Penjara Kepayan di Kota Kinabalu dan Tawau terus lapor peningkatan kes positif COVID-19.
Menerusi ciapan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun pada Selasa, dua penjara tersebut mencatatkan 245 kes positif daripada 657 kes positif baharu dilaporkan hari ini.
‘’Penjara Kepayan merekodkan 131 kes positif dan 114 kes dilaporkan di Penjara Tawau atau 37 peratus.
"Manakala 77 peratus daripada jumlah kes positif baharu adalah dikesan menerusi kluster-kluster aktif di negeri itu," kata Masidi.

20/7: Covid update As screening continues at all clusters localities, more new cases are registered & its 317 (48.2%) of todays total of 657. KK Prison (131) & Tawau Prison (114) make up 77% of cases from clusters & 37% of Sabahs total. Close contacts contributed 30% (199).

— Masidi Manjun (@MasidiM) July 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu ujarnya pertambahan kes positif juga disebabkan ujian saringan yang dilakukan kepada individu terlibat dengan kluster aktif.
“Peningkatan ini disumbang daripada ujian saringan yang dijalankan dan untuk hari ini 317 atau 48.2 peratus dicatatkan,’’ tambahnya.
Sementara itu, 199 kes positif atau 30 peratus disumbang oleh kontak rapat kepada kes positif yang dilaporkan sebelum ini.
Pertambahan kes positif ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 75,796 setakat ini.
#COVID-19 di Sabah #kes positif di Sabah #kluster COVID-19 di Sabah #kluster baharu di Sabah #kluster penjara di Sabah
;