COVID-19: Dr Mahathir dibenar keluar IJN

Hafizi Rosli
September 4, 2022 10:55 MYT
Ahli Parlimen Langkawi itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa depan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar hospital pada jam 9.30 pagi hari ini.
Beliau sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Dr Mahathir hari ini, ia turut memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi itu akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa ini.
Dr Mahathir, 97 tahun, dimasukkan ke IJN berdasarkan nasihat pasukan keselamatan beliau serta untuk tujuan pemantauan.
BACA: Dr Mahathir positif COVID-19, dirawat di IJN

YABhg. Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah dibenar keluar dari IJN pada jam 9.30 pagi hari ini. Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN setelah disahkan positif Covid-19 pada 31 Ogos lalu. Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa, 6 Sep 22. pic.twitter.com/R6FCratRYh

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) September 4, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Mahathir Mohamad #IJN #Langkawi
;