KUALA LUMPUR: Dos penggalak dapat meningkatkan imuniti individu dan mengurangkan kebarangkalian dijangkiti COVID-19, kata Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit, Dr Alif Adlan Mohd Thabit.
Menurutnya, sekiranya mereka yang sudah menerima dos penggalak masih dijangkiti, kebarangkalian untuk ia menjadi teruk adalah lebih rendah berbanding individu yang tidak mengambil dos penggalak.
Tambah beliau, kebarangkalian untuk mendapat jangkitan kali kedua juga lebih rendah sekiranya mereka mendapatkan dos penggalak.
“Sebenarnya dengan peredaran masa, kebolehan imunisasi badan manusia untuk melawan COVID-19, semakin lama didapati semakin menurun.
BACA: COVID-19: Penerima dos penggalak paling terlindung - Dr Noor Hisham
BACA: Dos penggalak: Berhenti baca konspirasi sampah di Facebook - Khairy
“Ada kajian pada tahun lepas, antara April hingga September, kecenderungan untuk dijangkiti COVID-19 yang serius menjadi lebih rendah dengan peredaran masa selepas beberapa bulan.
“Disebabkan itu masyarakat disarankan untuk ambil dos penggalak terutama sekali bagi warga emas, ada komorbid seperti darah tinggi, kencing manis dan mereka yang memiliki imuniti rendah,” katanya ketika bersiaran langsung dalam Buletin AWANI pada Selasa.
Katanya lagi, meskipun ada yang masih enggan menerima dos tersebut kerana bimbang dengan kesan sampingannya, Dr Alif Adlan berkata respons manusia terhadap vaksin adalah berlainan, tidak boleh disamakan dengan individu lain.
“Sebab itu apa yang kita nasihatkan ialah selepas dapatkan dos penggalak, mereka perlu berehat secukupnya, minum air dengan mencukupi dan cuba untuk tidak membuat aktiviti-aktiviti kasar (lasak).
“Aktiviti kasar itu maksudnya seperti aktiviti yang aktif, agresif supaya mereka dapat mengurangkan kesan sampingan daripada vaksin atau dos penggalak,” ujarnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebelum ini berkata, dos penggalak mampu mengurangkan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia yang dicetuskan oleh gelombang varian Omicron ketika ini.
Jelasnya, menerusi data yang dikumpulkan dari 24 Januari hingga 21 Februari, kumpulan individu tidak divaksin merupakan golongan paling berisiko dijangkiti COVID-19 yang serius terutama Kategori 4 dan 5.
Tambahnya, perkara itu dibuktikan dengan kes COVID-19 per 100,000 populasi mengikut status vaksinasi meningkat kira-kira 10 hingga 80 kes direkodkan untuk Kategori (3,4,5) bagi semua kumpulan umur.
Ridauddin Daud
Tue Feb 22 2022
![COVID-19: Dos penggalak tingkat imuniti, rendahkan kebarangkalian dijangkiti, kes serius - Pakar COVID-19: Dos penggalak tingkat imuniti, rendahkan kebarangkalian dijangkiti, kes serius - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642825375_vaksin.jpg)
Kebarangkalian untuk mendapat jangkitan COVID-19 kali kedua juga lebih rendah sekiranya seseorang individu mendapatkan dos penggalak. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini 7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691820058_excokerajaanPerak.jpg)
7,294 kes COVID-19 dicatatkan di Perak sepanjang tahun ini
Sebanyak 7,294 kes COVID-19 direkodkan di Perak sejak 1 Jan hingga 16 Dis lepas berbanding 108,859 kes dicatatkan bagi tempoh sama, tahun lepas.
![COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667293529_COVID.jpg)
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
![Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19 Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699571107_MohdFaredMohdKhal.jpg)
Johor galakkan imam, jemaah ambil dos penggalak vaksin COVID-19
Imam, bilal dan jemaah masjid di Johor digalakkan mengambil suntikan dos penggalak susulan peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
![COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702875219_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
COVID-19: Tiada arahan wajibkan semua rakyat Malaysia dapatkan dos penggalak - Fahmi
Tiada arahan atau kewajipan untuk seluruh rakyat Malaysia mengambil suntikan dos penggalak vaksin susulan peningkatan kes COVID-19.
![COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702530358_TBDZULKEFLYAHMAD.jpg)
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
![Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659462679_vaksinasisarawak.jpg)
Vaksin COVID-19: Penerima dos penggalak kedua terus meningkat
Bilangan penerima dos penggalak kedua kini melepasi 2.5 peratus, mewakili 819,670 individu.
![COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678246201_DrZalihaMustafaM.jpg)
COVID-19: Sambutan dos penggalak masih kurang memuaskan - Dr Zaliha
Sambutan orang ramai terhadap pengambilan dos penggalak vaksin COVID-19 masih kurang memuaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
![Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71637121306_australia.jpg)
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.
![Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19 Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674556181_vaksin.jpg)
Orang ramai ada sebab tersendiri lengkapkan dos penggalak COVID-19
Walaupun pengambilan dos penggalak kedua vaksin COVID-19 tidak diwajibkan namun orang ramai yang secara sukarela mengambilnya mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.
![Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659462679_vaksinasisarawak.jpg)
Vaksin COVID-19: FDA cadang pemberian tahunan
Pemberian vaksin tersebut disifatkan seperti pemberian suntikan vaksin influenza bertujuan untuk memudahkan strategi COVID-19.