COVID-19 di Malaysia masih terkawal berbanding negara lain - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
November 13, 2020 17:51 MYT
Keadaan itu antara lain hasil strategi kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengawal penularan virus itu. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Penularan pandemik COVID-19 di Malaysia masih lagi dalam keadaan terkawal jika dibandingkan dengan negara lain, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, keadaan itu antara lain hasil strategi kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengawal penularan virus itu.
Malah, katanya peratusan pesakit pulih di negara ini juga yang sangat besar.
“Ini menyebabkan kita dapat menyelamatkan nyawa rakyat kita. Walaupun nampak lebih baik dari negara lain tapi ia bukan bermakna kita boleh alpa, leka dan rasa selesa.
“Semalam dan beberapa hari lepas, kita dah seronok lihat kes turun ke 900, 800 kes tapi hari ini naik kepada lebih 1,000 lagi.
“Jadi ini bermakna peranan kita sebagai rakyat untuk bantu kerajaan putuskan rantaian ini perlu diperhebatkan lagi,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
#ismail sabri yaakob #KKM #kerajaan #Kementerian Kesihatan #kesihatan #rakyat #menteri #Malaysia #COVID-19 #pandemik #terkawal #kes baru #kes positif
;