COVID-19 di Indonesia: 23 lagi kematian dicatat dalam tempoh 24 jam

Bernama
April 26, 2020 17:47 MYT
Gambar fail menunjukkan petugas kesihatan melakukan proses sanitasi di sebuah kawasan awam di Depok, Jakarta bagi membendung penularan COVID-19. - Gambar REUTERS
Indonesia mencatatkan 23 lagi kematian akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam.
Menurut Jurucakap pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kematian kini meningkat kepada 743 kes manakala jumlah kes positif virus itu ialah 8,882.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, terdapat sebanyak 275 tambahan kes positif baharu manakala 19,648 pesakit masih berada dalam pengawasan COVID-19," katanya.
Provinsi Jakarta mencatat kematian tertinggi iaitu 353 kes diikuti Jawa Timur (87 kes), Jawa Barat (77), Jawa Tengah (58) dan selebihnya wilayah-wilayah lain di Indonesia. - BERNAMA
#23 kematian #COVID19 #dalam tempoh 24 jam #Indonesia #jumlah kematian 743 #jumlah positif 8882