COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh

Afiezy Azaman
Februari 26, 2021 03:17 MYT
Hannah Yeoh menyelar pembaharuan hukuman pelanggaran SOP PKP yang bakal dinaikkan mulai 11 Mac ini. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyelar hukuman pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bakal dinaikkan mulai 11 Mac ini.
BACA: Individu ingkar SOP COVID-19 berdepan denda RM10,000 mulai 11 Mac 2021
Beliau menyifatkan denda berkenaan sebagai kejam, keterlaluan dan tidak masuk akal.
Jelasnya, RM10,000 boleh menjadi jumlah pendapatan seseorang untuk satu tahun.
"RM10,000 boleh menjadi jumlah pendapatan seseorang untuk satu tahun," katanya dalam ciapan Twitter miliknya, pada Jumaat.

Hey @IsmailSabri60 Denda RM10,000 keterlaluan, zalim dan melampau. Jumlah RM10,000 boleh menjadi pendapatan seseorang dalam setahun. Menteri PN boleh pula berbangga dengan pemberian beras sebagai Kerajaan Persekutuan tapi kenakan denda tak masuk akal seperti ini, hentikanlah! pic.twitter.com/Sgs1Rek5Wz

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) February 26, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jabatan peguam negara pada Khamis muat naik Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan.
Ia memaklumkan individu yang melanggar SOP bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 bermula 11 Mac.
Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.
#Ahli Parlimen Segambut #Hannah Yeoh #prosedur operasi standard #perintah kawalan pergerakan #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Menteri Pertahanan #Hukuman #Ordinan Darurat #Yang di-Pertuan Agong