COVID-19: Bimbang nanti ada sekolah tidak ditutup kerana takut dikompaun - Maszlee

Asyraf Roslan
April 22, 2021 09:14 MYT
Maszlee berkata beliau yakin pihak sekolah telah patuh SOP dengan sebaiknya. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: “Keputusan itu hanya menganiaya guru-guru dan pemimpin sekolah.”
Itu reaksi bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkenaan cadangan mengenakan kompaun terhadap pihak sekolah jika didapati wujud kluster di situ.
Menurut Maszlee yang juga merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam, tindakan itu akan membuatkan ada pihak sekolah takut untuk menutup sekolah kerana tidak mahu dikompaun.
“Saya yakin pihak sekolah telah lakukan sebaik mungkin untuk mengikuti SOP.
"Siapa yang mahukan guru dan muridnya terdedah kepada COVID-19?
“Risikonya nanti ada sekolah yang tidak tutup kerana takut dikompaun walaupun ada kes,” kata Maszlee di akaun Twitternya pada Khamis.

Keputusan ini menganiaya guru-guru dan pemimpin sekolah. Saya yakin pihak sekolah telah lakukan sebaik mungkin untuk mengikuti SOP. Siapa yang mahukan guru dan muridnya terdedah kepada Covid19? Risikonya nanti ada sekolah yang tidak tutup kerana takut dikompaun walupun ada kes! https://t.co/0reDcizlH4

— Maszlee Malik (@maszlee) April 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan menyatakan tindakan kompaun mungkin akan dikenakan kepada pihak sekolah sekiranya didapati wujud kluster baharu berpunca daripada pengabaian prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Namun perkara itu masih di peringkat cadangan.
Bagaimanapun ia telah bincangkan dalam mesyuarat 'task force' yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.
Penularan COVID-19 | Ibu bapa dan pihak sekolah mungkin dikenakan kompaun
#sekolah tutup #kompaun sekolah #Maszlee Malik #SOP #COVID-19 #Ahli Parlimen Simpang Renggam #Abd Jalil Hassan #Sallehuddin Ishak
;