COVID-19: Bilangan kematian tertinggi, ini lima tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Oktober 23, 2020 10:29 MYT
Sebanyak 10 kes baharu kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini. -Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi hari ini dengan 10 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 sebanyak 214 kes.
Berikut lima perkara penting dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. Sebanyak 710 kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 24,514 kes.
2. Sebanyak 10 kes kematian baharu direkodkan.
3. Sebanyak 90 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), 28 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
4. Kes kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 8,416 kes.
5. Tiga kluster baharu dilaporkan.
#Malaysia #kematian tertinggi #Dr Noor Hisham Abdullah #kes baharu #kes kematian #Kes sembuh #lima perkara tumpuan