COVID-19: Bersedia hadapi keadaan paling buruk - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Mei 25, 2021 16:40 MYT
Dr Noor Hisham menggesa orang ramai supaya bersedia untuk menghadapi keadaan paling buruk. - Gambar fail/ Facebook @Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR: Dengan peningkatan graf jangkitan kes COVID-19 yang tinggi di Malaysia ketika ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai supaya bersedia untuk menghadapi keadaan paling buruk.
"Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan paling buruk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan," katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Our daily Covid-19 cases are following an exponential trend as shown by the graph below. The rise of cases started from 1 April 2021 & could trigger a vertical surge. We need to prepare for the worst. Pl help us to stay at home. Only together we can break the chain of infection. pic.twitter.com/zMSoNEt4bf

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Semalam, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu COVID-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam.
Hari ini, Malaysia sekali lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 7,289 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
BACA: COVID-19: Lonjakan kes tertinggi, 7,289 kes baharu
#Dr Noor Hisham Abdullah #prepare for the worst #keadaan paling buruk #COVID-19 #peningkatan kes
;