COVID-19: Austria lulus undang-undang wajib vaksin
Astro Awani
Februari 4, 2022 07:54 MYT
Februari 4, 2022 07:54 MYT
UNDANG-undang di Austria mewajibkan golongan dewasa di negara itu mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.
Ia merupakan mandat pertama dalam kalangan negara Kesatuan Eropah dan akan dikuatkuasakan bermula Sabtu.
Rang undang undang (RUU) bagi perkara itu diluluskan di Parlimen pada Khamis, dengan keputusan majoriti.
RUU tersebut diterbitkan secara rasmi pada Jumaat petang dan ditandatangani Presiden dan Canselor, sekali gus membawa makna ia berkuat kuasa keesokan harinya.
Sekurang-kurangnya 69 peratus populasi Austria sudah mendapatkan vaksin.
Ia merupakan kadar paling rendah di barat Eropah.
Menurut undang-undang, sekiranya ada yang ingkar dan enggan mendapatkan vaksin, saman sehingga 3,600 euro boleh dikenakan.