Kerajaan diminta memperincikan langkah kawalan serta penutupan premis-premis perniagaan melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 yang akan bermula esok.
Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Datuk Mohd Ridzuan Abdullah berkata, arahan berkenaan dilihat tidak jelas selain menimbulkan persoalan kepada peniaga sendiri.
"Kita terima banyak panggilan daripada peniaga-peniaga dari seluruh negara yang memohon kerajaan memberi penjelasan jenis perniagaan yang terlibat dalam perintah berkenaan.
"Arahan itu sendiri kurang jelas. Adakah ia melibatkan penutupan gerai-gerai penjaja, medan selera, pasar malam, pasar sehari, pasar tani, bazar atau ada premis yang dikecualikan?
"Jika perniagaan ini diarah tutup, ia akan menjejaskan pendapatan peniaga yang mempunyai komitmen tinggi. Siapa yang akan bertanggungjawab membayar ganti rugi perniagaan dan stok barang serta bahan mentah mereka yang bernilai ratusan ribu ringgit?" soalnya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
BACA: COVID-19: Perintah Kawalan Pergerakan meliputi 5 perkara ini
BACA: COVID-19: Rakyat jangan risau, bekalan makanan mencukupi - PM
Pada Isnin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan membabitkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya untuk membendung COVID-19.
"Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian," katanya dalam pengumuman itu.
Dalam pada itu Mohd Ridzuan turut khuatir berlaku krisis barangan keperluan selain masalah ekonomi pada masa hadapan akibat COVID-19.
"Kita mohon penjelasan segera daripada pihak kerajaan kerana peniaga akan mengalami kerugian serta siapa yang akan bertanggungjawab dalam isu melibatkan pinjaman-pinjaman daripada bank," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas menangani COVID -19, mewujudkan Tabung Bencana selain keperluan untuk Kementerian Kewangan serta Bank Negara mengelurkan garis panduan kepada bank-bank melibatkan pinjaman perniagaan.
Pada Isnin juga, Muhyiddin mengumumkan empat langkah tambahan memperkukuhkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 (PRE2020) hasil mesyuarat pertama Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).
Ia merangkumi bantuan kewangan membantu pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji, diskaun caj elektrik untuk sektor komersial, perindustrian dan pertanian, pembayaran awal bagi Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pelaksanaan projek kecil PRE2020 berjumlah RM2 bilion.
Astro Awani
Tue Mar 17 2020

Mohd Ridzuan mahu penjelasan adakah Perintah Kawalan Pergerakan melibatkan penutupan gerai-gerai penjaja, medan selera, pasar malam, pasar sehari, dan pasar tani. Gambar Facebook.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pengkreditan bantuan awal persekolahan diperluas kepada pelbagai bank - Fadhlina
Kementerian Pendidikan memperluas pengkreditan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua bank bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan selamat.

CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.

ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.

Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.

Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.

Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.

Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.

Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.

Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.