COVID-19: Anwar Ibrahim jumpa Perdana Menteri

Madiha Abdullah
April 14, 2020 20:45 MYT
Anwar bangkitkan soal penyampaian maklumat yang perlu telus dan keupayaan ujian perlu ditingkatkan. - Astro AWANI/ Shahir Omar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Selasa.
Dalam pertemuan yang berlangsung selama 45 minit itu, Anwar memaklumkan Perdana Menteri telah menjelaskan kepadanya berkenaan langkah yang diambil kerajaan dalam menangani COVID-19.
"Saya turut bangkitkan soal penyampaian maklumat yang mesti telus dan keupayaan ujian ditingkatkan.
"Pakej rangsangan yang diumumkan turut disambut baik, namun harus dipastikan keberkesanan pelaksanaannya agar tidak dipolitikkan di peringkat akar umbi," tulis Anwar dalam satu hantaran di Facebook.
Anwar juga memaklumkan mereka ada membincangkan cadangan sidang Parlimen pada 18 Mei ini, namun tidak memperincikannya.
"Saya akan mengadakan perbincangan lanjut bersama rakan-rakan dalam Pakatan Harapan serta pembangkang, dan akan mengemukakan pandangan kepada beliau," katanya.
#Anwar Ibrahim #COVID-19 #kerajaan #koronavirus #Muhyiddin Yassin #Perdana Menteri #PKR
;