COVID-19: Angka menurun lagi, 19,631 kes baharu direkodkan, 293 kematian

Hilmi Malik
Ogos 17, 2021 19:18 MYT
Selangor melaporkan kes harian sebanyak 5,753 selain Sabah turut berlaku lonjakan kes sebanyak 2,103, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 19,631 kes baharu COVID-19 direkodkan dalam negara.
Pertambahan angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang direkodkan sejak pandemik itu menular ialah sebanyak 1,444,270.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor masih kekal dengan kes tertinggi harian sebanyak 5,753 kes diikuti Sabah (2,103 kes) dan Kedah (1,863 kes).
"Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 252,147 kes," kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Malaysia juga, kata beliau, merekodkan tambahan 293 kematian baharu dengan angka kumulatif sehingga ke hari ini telah mencecah 13,077 kes.
Sementara itu, beliau memberitahu, 1,054 kes masih menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah itu juga, 525 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes pulih hari ini mencatatkan sebanyak 16,468 menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh kini kepada 1,179,046 kes.

Sehingga 17 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,631 kes (1,444,270 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor -5,753 (524,113) WPKL - 1,765 (157,624) Johor - 1,309 (113,664) Sabah - 2,103 (108,933) Sarawak - 835 (89,407) Negeri Sembilan - 490 (85,702)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 17, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#KKM #COVID-19 #koronavirus #Dr Noor Hisham Abdullah #kes kematian #kes baharu #ICU
;