COVID-19: Agong turun padang pantau operasi polis

Astro Awani
Mac 20, 2020 13:38 MYT
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat perjalanan sekatan jalan raya di tiga jalan utama di ibu negara. - Foto Istana Negara
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk bersama-sama turun padang melihat perjalanan sekatan jalan raya di tiga jalan utama di ibu negara.
Ia melibatkan beberapa jalan termasuk Jalan Semantan, Jalan Hartamas, Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Loke Yew, Jalan Ampang, Jalan TAR, Jalan Bukit Bintang, Jalan Sultan Ismail dan sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC).
Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam di jalan-jalan berkenaan bagi melihat sendiri perkembangan operasi dan menasihati pengguna jalan raya agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
Al-Sultan Abdullah turut melahirkan penghargaan kepada usaha dilakukan anggota polis dalam operasi berkenaan.
#COVID19 #COVID2019 #operasi #polis #tinjauan operasi #Yang di-Pertuan Agong
;