COVID-19: Acara rasmi KM Sarawak, program perkhidmatan awam ditangguhkan dua minggu

Shafik Ahmad
April 17, 2021 04:20 MYT
Semua acara rasmi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.
KUCHING: Semua acara rasmi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.
Malah, penganjuran program perkhidmatan awam Sarawak termasuk pergerakan dan mesyuarat fizikal juga tidak dibenarkan selama dua minggu berkuat kuasa Sabtu, 17 April 2021.
Keputusan itu dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion susulan situasi semasa COVID-19 dan arahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kelmarin.
Tambah Jaul, mesyuarat masih boleh diteruskan menerusi dalam talian (online).
"Pergerakan rentas daerah tidak dibenarkan kecuali atas keperluan mendesak dengan mendapat kelulusan ketua jabatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
#Ketua Menteri Sarawak #Sarawak #Abang Johari Tun Openg #Datuk Amar Jaul Samion #Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak #Ketua Menteri #COVID-19 #online