COVID-19: 99.53% daripada 27,299 kes baharu adalah kategori 1 dan 2 - Dr Noor Hisham

Fareez Azman
Februari 27, 2022 11:54 MYT
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 21,170 kes bersamaan 99.53 peratus adalah kes kategori 1 dan 2. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 27,299 kes baharu dilaporkan pada Sabtu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu sebanyak 21,170 kes bersamaan 99.53 peratus adalah kes kategori 1 dan 2, manakala 129 kes bersamaan 0.47 peratus merupakan kes kategori 3,4 dan 5.
"Pada 26 Februari 2022, kes COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,624 kes daripada 1,624 kes ini 598 kes (36.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.
"1,026 kes (63.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," jelasnya dalam kenyataan media pada Ahad.
Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 256 kes daripada jumlah kes baharu itu merupakan kes import manakala selebihnya adalah kes tempatan.
Bagi kes sembuh pula mencatatkan 22,710 kes menjadikan kes kumulatif sembuh meningkat kepada 3,063,560 kes.
348 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi(ICU), 203 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, sebanyak tujuh kluster baharu turut dicatatkan pada Sabtu menjadikan kluster aktif meningkat kepada 494 kluster ketika ini.
Manakala kluster yang telah tamat sebanyak 6,280 kluster sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
#KKM #COVID-19 #kes baharu #Dr Noor Hisham Abdullah
;