COVID-19: 97.9 peratus kes baharu tidak serius

Astro Awani
Ogos 8, 2021 11:43 MYT
Seramai 8,928 kes atau 47.8 peratus berada dalam bagi kategori 1 iaitu mereka yang tidak bergejala, manakala 9,359 orang atau 50.1 peratus berada dalam kategori 2 (bergejala ringan). - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 97.9 peratus daripada 18,688 kes COVID-19 baharu yang dicatatkan hari ini adalah pesakit kategori 1 dan 2 yang tidak menunjukkan gejala serius.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 8,928 kes atau 47.8 peratus berada dalam bagi kategori 1 iaitu mereka yang tidak bergejala, manakala 9,359 orang atau 50.1 peratus berada dalam kategori 2 (bergejala ringan).
Sementara pesakit kategori 3, yang mengalami jangkitan paru-paru adalah seramai 135 orang, atau 0.7 peratus.

Berikut merupakan status angka terkini jumlah kes baharu #COVID19 mengikut kategori setakat 8 Ogos 2021.#AWANInews pic.twitter.com/h2uNTG63uO

— Astro AWANI (@501Awani) August 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, seramai 81 orang atau 0.4 peratus pula berada dalam kategori 4 iaitu mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen,
Dr Noor Hisham berkata, bagi kategori 5 iaitu bergejala kritikal dengan jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan, bilangan pesakit adalah seramai 185 orang bersamaan 1.0 peratus daripada keseluruhan kes.
#COVID-19 #kes positif #kes baharu #Kategori 1 #kategori 2 #kategori 3 #kategori 4 #Kategori 5 #tidak serius