COVID-19: 96 pesakit di PKRC Arena Badminton Perak setakat ini
Abd Razak Mohd Ali
November 30, 2020 11:07 MYT
November 30, 2020 11:07 MYT
IPOH: Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Arena Badminton Perak yang dibuka mulai Sabtu lalu, menempatkan 96 pesakit setakat pagi ini.
Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Ding Lay Ming mengesahkan jumlah itu ketika dihubungi.
“Setakat jam 8 pagi ini, kita ada 96 pesakit di PKRC Arena Badminton Perak,” katanya.
Pada Sabtu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu hantaran di laman Facebook mengesahkan pembukaan pusat tersebut.
Menurutnya, PKRC yang dilengkapi masing-masing 80 katil untuk lelaki dan wanita itu, menempatkan pesakit kes Kategori Satu serta Dua.
Setakat jam 12 tengah hari 29 Nov, Perak mencatatkan 1,742 kes positif COVID-19, termasuk tujuh kes import, dan 14 kes kematian.
#PKRC
#COVID-19
#Ding Lay Ming
#Perak
#risiko rendah
#Pusat Rawatan dan Kuarantin Berisiko Rendah
#Arena Badminton Perak