COVID-19: 91 sekolah agama, 67 pusat tahfiz dan madrasah di JB ditutup
Siti Nur Aqilla Omar
Oktober 30, 2020 05:00 MYT
Oktober 30, 2020 05:00 MYT
JOHOR BAHRU: Sebanyak 91 sekolah agama dan 67 pusat tahfiz dan madrasah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam daerah Johor Bahru dan Kulai diarahkan ditutup bermula 1 November hingga 14 November depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata turut ditutup ialah semua Tadika Agama Johor, semua Sekolah Darjah Khas, Kolej Marsah Johor serta Mahaad Johor.
Katanya semua Pusat Tafiz dan Madrasah yang berdaftar dengan JAINJ juga diarah tutup.
"Tindakan itu dibuat selepas daerah Johor Bahru diumumkan sebagai zon merah.
"Pecahan Pusat Tahfiz yang ditutup ialah madrasah tahfiz swasta (40), madrasah tahfiz swasta berdaftar penuh (18), madrasah tahfiz swasta dalam proses pendaftaran (22), Sekolah Rendah Islam Swasta (21) dan Sekolah Menengah Islam Swasta (6) melibatkan 8,803 murid.
"Selain itu semua Sekolah Agama persendirian yang berdaftar dengan JAINJ termasuk kelas-kelas pengajian Al-Quran di bawah guru-guru Al-Quran JAINJ, turut diarahkan ditutup dalam tempoh sama," katanya.
#Jabatan Agama Islam Negeri Johor
#JAINJ
#sekolah agama
#Johor Bahru
#Kulai
#sekolah tutup
#tosrin jarvanthi
#pusat tahfiz
#madrasah
#zon merah