COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat

Astro Awani
Disember 24, 2022 09:00 MYT
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID). -Gambar hiasan
JANGKITAN baharu COVID-19 pada Jumaat terus kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ketujuh berturut-turut.
Jumlah kes semalam naik sedikit ke 902 berbanding 858 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.
Portal KKMNOW turut memaklumkan enam kes kematian dicatatkan pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
Sementara itu, 14,382 kes aktif direkodkan pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, 13,562 kes atau 94.3 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 776 pesakit sedang dirawat di hospital.
Seramai 44 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana 31 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Negara juga mencatatkan 1,104 kes sembuh.
#COVID-19 #brought-in-dead #PKRC #KKMNOW
;