COVID-19: 9 kes baharu, satu lagi kluster, ini fakta penting kenyataan KKM hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Julai 18, 2020 17:18 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lima kes adalah di Sarawak. - Foto Fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat sembilan kes baharu penularan COVID-19 di negara ini sepanjang 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah tersebut lima kes adalah di Sarawak.
Berikut fakta penting berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan Dr Noor Hisham hari ini:
1. Sembilan kes baharu, menjadikan 96 kes aktif ketika ini.
2. KKM kenal pasti kluster baharu, Kluster Stutong di Kuching.
3. Empat kes import: Indonesia (2 kes), Singapura (1 kes) dan Pakistan (1 kes).
4. Kluster Mambong: Lima kes positif dilaporkan daripada 70 orang yang disaring
5. Semua 96 rakyat Malaysia tiba dari India sihat, tidak bergejala
#Kementerian Kesihatan #kes positif #KKM #kluster Mambong #kluster Stutong #koronavirus #Noor Hisham Abdullah #rakyat Malaysia
;