COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi

Astro Awani
Oktober 6, 2021 14:55 MYT
Tiga negeri mencatatkan kes positif bawah 100 termasuk Perlis dengan 42 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan lapan kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,503.
‘’Beberapa negeri mencatatkan kes harian empat angka seperti Kelantan dengan 1,170 kes, Selangor (1,116) dan Johor (1,105).
‘’Ini diikuti Sabah dengan 790 kes, Terengganu (704), Perak (629), Pulau Pinang (623), Kedah (556), Pahang (511), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (214), Melaka (200) dan Negeri Sembilan (191),’’ ujarnya.
Tambahnya, tiga negeri mencatatkan kes positif bawah 100 termasuk Perlis dengan 42 kes, Wilayah Persekutuan Putrajaya (18) dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan lapan kes.

Sehingga 6 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,380 kes (2,303,837 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 1,116 (684,768) Sarawak - 1,503 (219,629) Sabah - 790 (202,668) Johor - 1,105 (201,939) WPKL - 214 (187,301) Kedah - 556 (138,549)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pulau Pinang - 623 (134,447) Kelantan - 1,170 (121,503) Perak - 629 (106,369) Negeri Sembilan - 191 (98,264) Pahang - 511 (68,411) Melaka - 200 (59,810) Terengganu - 704 (59,685) WP Labuan - 8 (9,982) WP Putrajaya - 18 (6,290) Perlis - 42 (4,222)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Daripada 9,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini 181 kes (1.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 9,199 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Daripada keseluruhan kes baharu itu, 13 kes import dilaporkan dengan lapan merupakan warganegara dan lima bukan warganegara.
9,367 kes merupakan kes tempatan dengan 8,755 adalah warganegara dan 612 bukan warganegara.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah 851 kes dengan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan 13,045 kes sembuh dilaporkan hari ini.
#COVID-19 di Malaysia #kes harian COVID-19 #kes tertinggi COVID-19 #laporan harian COVID-19
;