COVID-19: 9,105 kes baharu, hampir 6,000 di Lembah Klang, 91 kematian

Astro Awani
Julai 11, 2021 07:37 MYT
Sejumlah 9,105 kes jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam yang lalu. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sejumlah 9,105 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 836,296 kes.
Selangor masih menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 4,682 diikuti Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541) dan Johor (392).
Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 87,841 kes dengan 961 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 455 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 91 kes kematian baharu, sekali gus menjadikan kumulatif kematian ketika ini adalah 6,158.
Kes keseluruhan sembuh adalah 742,297 kes selepas 5,194 kes dilaporkan sembuh hari ini.

Sehingga 11 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 9,105 kes (836,296 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 4,682 (286,352) WPKL - 1,247 (88,958) Johor - 392 (74,828) Sabah - 271 (72,313) Sarawak - 270 (68,869) Negeri Sembilan - 541 (52,392) pic.twitter.com/Y0euxXrnNJ

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) July 11, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut pecahan kes baharu hari ini mengikut negeri:
Selangor - 4,682 (286,352)
KL - 1,247 (88,958)
Negeri Sembilan - 541 (52,392)
Johor - 392 (74,828)
Kedah - 382 (28,584)
Pahang - 300 (16,148)
Melaka - 278 (21,875)
Sabah - 271 (72,313)
Sarawak - 270 (68,869)
Pulau Pinang - 243 (36,619)
Perak - 207 (29,110)
Kelantan - 150 (36,141)
WP Labuan - 54 (9,141)
WP Putrajaya - 49 (2,599)
Terengganu - 38 (11,759)
Perlis - 1 (608)
#Dr Noor Hisham Abdullah #jangkitan #COVID-19 #kes baharu #kes harian COVID-19 #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #Kementerian Kesihatan