COVID-19: 87.6 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

Hafizi Rosli
Oktober 3, 2021 05:37 MYT
Jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.35 juta dos. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 20.51 juta individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Ahad.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 94.3 peratus atau 22.08 juta daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 20.62 juta individu atau 63.1 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Pada masa sama, 72.9 peratus atau 23.83 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 108,826 atau 3.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 206,574 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah lebih 44.35 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
#KKM #COVID-19 #vaksin #dewasa #PICK
;