COVID-19: 84 kematian baharu, ini 5 tumpuan kenyataan media KKM

Firdaus Azil
Jun 24, 2021 20:45 MYT
Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 84 kes kematian dicatat akibat COVID-19, jumlah keseluruhan kematian kini 4,721. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Tempoh kuarantin wajib bagi pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan kekal selama 21 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu diambil ekoran peningkatan kes variant of concern (VOC) di hampir 50 peratus negara.
Berikut merupakan lima perkara penting dari kenyataan beliau hari ini:
1. Sebanyak 5,841 kes baharu dicatat, kes aktif kini 61,162 kes.
2. Sebanyak 84 kes kematian dicatat, jumlah keseluruhan 4,721.
3. Selangor terus catat kes tertinggi dengan 2,071, diikuti Negeri Sembilan (781) dan Sarawak (581).
4. Tempoh kuarantin pengembara dari India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan menjadi 21 hari.
5. Lima kes varian Beta dan satu kes varian Delta dilapor.
#lima perkara #Dr Noor Hisham Abdullah #Ketua Pengarah Kesihatan #kes baharu #Variant of Concern #VOC #SOP #kuarantin #Malaysia
;