KUALA LUMPUR: Sejumlah 81 kes positif COVID-19 lagi dilaporkan melibatkan dua kluster baharu institusi pendidikan di Sarawak pada Isnin.
Dua kluster tersebut melibatkan Kluster Sungai Senibung di Julau dan Kluster Jalan Sebauh-Bintulu di Sebauh yang juga merupakan antara tiga kluster baharu yang dilaporkan hari ini.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kluster Sungai Senibung melibatkan sebuah sekolah menengah di lokaliti tersebut.
“Kes indeks kluster ini merupakan kes ke-25,451 melibatkan seorang pelajar asrama lelaki berusia 15 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 20 April 2021.
“Dia mula mengalami gejala pada 4 April 2021 dan positif pada 20 April 2021 semasa dalam pengasingan di pusat kuarantin,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, kes indeks dilaporkan berada di rumah panjang di Nangga Sebuntang sebelum masuk ke asrama pada 4 April 2021 bagi permulaan sesi persekolahan.
Setakat ini, hasil daripada saringan bersasar ke atas 290 kakitangan dan pelajar di sekolah itu, 14 kes positif (termasuk kes indeks) dilaporkan, 241 didapati negatif manakala 35 masih menunggu keputusan ujian makmal.
Sementara bagi Kluster Jalan Sebauh-Bintulu pula, ia melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah itu dan tiga rumah panjang di lokaliti sama.
“Kes indeks merupakan kes ke-20,986 melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 21 tahun dari sebuah rumah panjang di Jalan Sebauh-Bintulu dan dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 21 April 2021.
“Siasatan lanjut mendapati dua pelajar dari sebuah sekolah menengah tersebut mempunyai kontak dengan kes indeks dan disahkan positif pada tarikh sama,” tambahnya.
Hasil pengesanan terhadap 318 individu yang merupakan kontak rapat dan kasual kepada kes-kes positif melibatkan kluster ini dan saringan bersasar ke atas kakitangan dan pelajar di sekolah menengah tersebut, terdapat pertambahan 66 kes positif COVID-19.
20 daripadanya merupakan pelajar dari sekolah menengah tersebut manakala 236 disahkan negatif dan 15 masih menunggu keputusan ujian makmal.
Pertambahan dua kluster ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negeri Sarawak kepada 61.
Syafik Shukri Jalil
Mon Apr 26 2021
Pertambahan dua kluster ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di negeri Sarawak kepada 61. FOTO: AP Newsroom
Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, ia tidak termasuk gas asli cecair (LNG).
"Kalau rakyat Parit beradab" - Ahli Parlimen Parit
Sidang Parlimen kecoh apabila Ahli Parlimen, Muhammad Ismi Mat Taib ketika sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Pantau Agenda Reformasi: Jepun tawar kepakaran untuk bantu Malaysia berdepan cabaran perubahan iklim
Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM
2025 tahun sukar, fokus pelaburan jangka panjang - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan. Malaysia kekal seimbang dalam perdagangan antarabangsa dengan daya tahan ekonomi domestik yang kukuh.
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.
COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.
COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.
1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.
COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.
KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.
COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.
Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.