COVID-19: 8 lagi kluster dikesan, babit tempat kerja, komuniti, aktiviti keagamaan

Hilmi Malik
Mei 13, 2021 18:57 MYT
Lapan lagi kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja, komuniti dan keagamaan dikesan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan pertambahan lapan lagi kluster baharu membabitkan kluster tempat kerja, komuniti dan keagamaan.
Berikut perincian bagi setiap kluster:
Kluster Jalan Keretapi Lama
- Kes dikesan di Kuala Selangor, Selangor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 81 individu disaring, 24 positif.
Kluster Lima Jalan Kebun
- Kes dikesan di Klang dan Kuala Langat, Selangor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 1,226 disaring, 11 positif.
Kluster Jalan Tropika Industri
- Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 112 disaring, 14 positif.
Kluster Jalan Suasa Industri
- Kes dikesan di Johor Bahru, Johor.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 72 disaring, 12 positif.
Kluster Jalan Chain Ferry
- Kes dikesan di Seberang Perai dan Utara, Pulau Pinang.
- Kluster merupakan kategori tempat kerja.
- Seramai 72 disaring, 14 positif.
Kluster Jalan Lilin
- Kes dikesan di Miri dan Lawas, Sarawak.
- Kluster merupakan kategori komuniti.
- Seramai 262 disaring, 22 positif.
Kluster Kongsi Lapan
- Kes dikesan di Tawau, Sabah.
- Kluster merupakan kategori komuniti.
- Seramai 56 disaring, 11 positif.
Kluster Tanjung Rimau
- Kes dikesan di Alor Gajah, Melaka.
- Kluster merupakan kategori keagamaan.
- Seramai 51 disaring, 14 positif.
#COVID-19 #KKM #Dr Noor Hisham Abdullah #koronavirus #Kluster baharu #tempat kerja #komuniti #keagamaan
;