COVID-19: 8 kluster baharu direkodkan, 5 berkaitan tempat kerja
Astro Awani
Februari 25, 2021 20:18 MYT
Februari 25, 2021 20:18 MYT
KUALA LUMPUR: Terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang mana lima daripadanya adalah berkaitan tempat kerja, dua melibatkan komuniti, dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Berikut adalah senarai kluster baharu pada 25 Feb:
1. KLUSTER INDUSTRI 19
* Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Petaling dan Gombak (Selangor)
* Kes dilapor positif pada 24 Februari
* 84 individu disaring, 34 dikesan positif
2. KLUSTER SS LAPAN
* Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Klang, Kuala Selangor dan Petaling (Selangor)
* Kes dilapor positif pada 7 Februari
* 600 disaring, 36 positif
3. KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT
* Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Hulu Langat, KLang dan Sepang (Selangor)
* Kes dilapor positif pada 15 Februari
* 193 disaring, 12 positif
4. KLUSTER JALAN HO PIN
* Melibatkan kluster komuniti di daerah Samarah, Kuching dan Serian (Sarawak)
* Kes indeks dilapor positif pada 20 Februari
* 120 disaring, 14 positif
5. KLUSTER JALAN PUTRA SILANG
* Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Kepong, Cheras dan Lembah Pantai (WP Kuala Lumpur) dan Bentong (Pahang)
* Kes indeks dilapor positif pada 19 Februari
* 50 disaring, 8 positif
6. KLUSTER LORONG MURNI
* Melibatkan kluster kumpulan berisko tinggi di daerah Seberang Perai Utara (Pulau Pinang)
* Kes indeks dilapor positif pada 23 Februari
* 112 disaring, 21 positif
7. KLUSTER MAK TEH
* Melibatkan kluster komuniti di daerah Batang (Perak)
* Kes indeks dilapor positif pada 21 Februari
* 150 disaring, 16 positif
8. KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA
* Melibatkan kluster tempat kerja di daerah Kuantan (Pahang)
* Kes indeks dilapor positif pada 22 Februari
* 208 disaring, 10 positif
#COVID-19
#kluster
#Kluster tempat kerja
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kluster komuniti
#kumpulan berisiko tinggi