COVID-19: 8,817 kes baharu, tiga negeri catat lebih 1,000 kes

Hilmi Malik
Oktober 5, 2021 14:30 MYT
Sarawak menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,361 kes diikuti Selangor dengan 1,348 dan Kelantan dengan 1,063 kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini mencatatkan 8,817 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,294,457 kes.
Sarawak menjadi penyumbang tertinggi dengan 1,361 kes diikuti Selangor dengan 1,348 kes dan Kelantan dengan 1,063 kes.
Negeri-negeri lain mencatatkan angka bawah 1,000 kes.

Pulau Pinang - 595 (133,824) Kelantan - 1,063 (120,333) Perak - 473 (105,740) Negeri Sembilan - 122 (98,073) Pahang - 696 (67,900) Melaka - 246 (59,610) Terengganu - 356 (58,981) WP Labuan - 3 (9,974) WP Putrajaya - 23 (6,272) Perlis - 47 (4,180)

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Berdasarkan perkongsian data COVIDNOW, kadar kematian setakat semalam adalah sebanyak 76 lagi kematian baharu dilaporkan,menjadikan angka kumulatifnya sebanyak 26,759 kes.
Manakala jumalh kes sembuh hari ini merekodkan sebanyak 15,615 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih kini sebanyak 2,131,636 kes.
Sementara itu, Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika ini sedang merawat seramai 851 pesakit dan daripada jumlah itu juga, 395 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Kebanyakan kes baharu yang dilaporkan hari ini masih melibatkan pesakit kategori 1 dan 2 iaitu sebanyak 8,635 kes manakala selebihnya merupakan pesakit kategori 3, 4, dan 5.
Mengenai perkembangan Program Imunisasi Kebangsaan, jumlah individu yang telah lengkap dua dos vaksin kini sebanyak 20,717,373.
Angka itu juga menjadikan kadar peratusan populasi dewasa yang telah lengkap vaksinasi adalah sebanyak 88.0 peratus.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #kes baharu
;