COVID-19: 78 peratus kes baharu di negeri PKP, ini lima tumpuan kenyataan media KKM

Fauzi Suhaimi
Januari 12, 2021 18:43 MYT
Noor Hisham berkata, kes itu didahului dengan Selangor yang mencatatkan 1,007 kes, Johor (442 kes) dan Sabah (409 kes). - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan hampir 78 peratus kes baharu dikesan dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes itu didahului dengan Selangor yang mencatatkan 1,007 kes, diikuti Johor (442 kes) dan Sabah (409 kes).
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media KKM pada Selasa:
1. Kes COVID19 hari ini mencatat rekod tertinggi dengan 3,309 kes.
2. 439 kes dilaporkan berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara.
3. Terdapat 190 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.
4. Empat lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 559 kes.
5. Terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti iaitu Kluster Persiaran Kuala; Kluster Udarama; Kluster Iris; Kluster Jalan Kiara; Kluster Dialisis Batu; Kluster Sekubong; Kluster Kampung Badak; Kluster Taman Kesedar; Kluster Dialisis Putra; Kluster Permint Harmoni.
BACA: COVID-19: Malaysia rekod 3,309 jangkitan baharu, tertinggi pernah direkodkan
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #perintah kawalan pergerakan #PKP #unit rawatan rapi #COVID-19 #Kementerian Kesihatan #KKM
;