COVID-19: 73 lagi kematian, berikut 5 tumpuan kenyataan KKM hari ini

Hilmi Malik
Jun 19, 2021 18:48 MYT
Menurut Dr Noor Hisham, 6,918 kes pulih dengan jumlah keseluruhan 622,244 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : 73 lagi kes kematian direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu menjadikan jumlah mereka yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19 di negara ini meningkat kepada seramai 4,349 orang.
Berikut lima tumpuan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. 5,911 kes baharu, keseluruhan kes kini 691,115 kes.
2. 73 kes kematian baharu, jumlah kumulatif 4,349 kes.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 64,522 kes.
4. 886 kes sedang dirawat di ICU, 441 kes perlukan bantuan pernafasan.
5. 6,918 kes pulih dengan jumlah keseluruhan 622,244 kes.
#ICU #COVID-19 #KKM #koronavirus #kes kematian #kes baharu #pandemik #Dr Noor Hisham Abdullah #jumlah positif