COVID-19: 73 kematian direkodkan, mangsa termuda 13 tahun

Harits Asyraf Hasnan
Jun 10, 2021 12:20 MYT
Enam daripada 73 kes kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID). - Gambar fail / Bernama
KUALA LUMPUR: Sejumlah 73 kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini dengan mangsa termuda adalah remaja berusia 13 tahun.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham memaklumkan, remaja perempuan itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
"Mangsa mempunyai penyakit buah pinggang kronik dan Systemic Lupus Erythematosus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

#COVID19 Ringkasan 73 kes kematian termasuk 3 kes bukan warganegara. 6 kes brought in dead (BID) #MENANGBERSAMA pic.twitter.com/3biRKMz8jM

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, Dr Noor Hisham memaklumkan enam daripada 73 kes kematian akibat COVID-19 hari ini membabitkan mayat dibawa ke hospital atau brought in dead (BID).
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, Johor (11), Negeri Sembilan (lapan) selain masing-masing empat kes di Kedah, Kuala Lumpur, Labuan dan Pulau Pinang.
Selain itu, tiga kes di Pahang, Kelantan (dua) serta masing-masing satu kes di Melaka, Sabah, Terengganu, dan Perak.
Katanya, daripada jumlah itu, 44 mangsa adalah lelaki manakala 29 lagi perempuan.
Beliau berkata, sejumlah 51 kematian melibatkan mangsa 60 tahun ke atas, 22 (30 hingga 59 tahun) manakala dua (usia bawah 30 tahun).
Katanya, 68 kes kematian melibatkan mangsa yang mempunyai komorbiditi dan lima lagi mangsa tiada sejarah penyakit lain.
#kematian COVID-19 #COVID-19 #Brought In Dead #mangsa termuda meninggal dunia #Dr Noor Hisham Abdullah #mayat dibawa ke hospital #komorbiditi #Kanak-kanak #remaja