COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV

Astro Awani
September 12, 2021 09:01 MYT
Penerima dos pertama daripada golongan dewasa adalah sebanyak 90.9 peratus atau lebih 21.29 juta orang. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila sebanyak 72.7 peratus atau lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.
Penerima dos pertama daripada golongan dewasa pula adalah sebanyak 90.9 peratus atau lebih 21.29 juta orang, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter.

Peratusan terkini kadar vaksinasi populasi dewasa Malaysia setakat 11 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/4HwUwpV1Qn

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi keseluruhan populasi rakyat Malaysia pula, sebanyak 52.1 peratus sudah lengkap divaksinasi, manakala 65.2 peratus lagi sudah mendapatkan suntikan dos pertama.
Jelas JKJAV, jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi PICK setakat semalam sebanyak 38,260,575 dos.
Labuan terus merekodkan kadar pemberian dos vaksin tertinggi dengan 95.9 peratus atau 65,699 orang daripada populasi dewasa sudah lengkap dua dos vaksin.
Ini diikuti Lembah Klang dengan 100.6 peratus (6,201,327 orang), Sarawak 88.2 peratus (1,801,733 orang), dan Negeri Sembilan 87.4 peratus (711,621 orang), Perlis 74.5 peratus (134,994 orang), Melaka 72.9 peratus (493,503 orang), manakala Pulau Pinang 68.4 peratus (934,492 orang).

Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 11 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/raJG9GQUHU

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, jumlah pemberian vaksinasi harian pada Sabtu menunjukkan penurunan berbanding Jumaat iaitu daripada 287,059 dos kepada 258,929.
Ia masing-masing melibatkan membabitkan 88,960 dos pertama dan 169,969 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi menggerakkan negara ke arah mencapai matlamat imuniti kelompok COVID-19.

Laporan kumulatif vaksinasi mengikut negeri setakat 11 September 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/Nb4QRyRYed

— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) September 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bekalan vaksin #COVID-19 #dos kedua #dos pertama #imuniti kelompok #PICK #suntikan #Twitter #PPV
;