Berdasarkan maklumat daripada perwakilan Malaysia di luar negara, terdapat 664 lagi rakyat tempatan yang masih terkandas di luar negara setakat hari ini, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 190 adalah jemaah tabligh yang sedang ditahan dan dikuarantin di India iaitu New Delhi seramai 158, Chennai (23) dan Mumbai (sembilan).
"Seramai 55 orang daripada jumlah keseluruhan tabligh itu telah dikenakan tuduhan menyalahgunakan visa lawatan oleh pihak berkuasa India.
"Kementerian ini melalui Perwakilan Malaysia di India masih menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada semua jemaah tabligh yang terlibat dalam memastikan kebajikan mereka sentiasa terpelihara termasuklah bantuan makanan, ubat-ubatan dan barangan asas harian," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Wisma Putra di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan sedang mengusahakan urusan mengeluarkan jemaah tabligh yang masih berada di pusat kuarantin bagi membolehkan urusan membawa mereka pulang ke Malaysia berjalan lancar.
Sementara itu, Kamarudin berkata, 14,015 rakyat Malaysia dari 70 buah negara telah dibawa pulang sehingga hari ini.
Bernama
Wed May 06 2020
Kamarudin berkata 14,015 rakyat Malaysia dari 70 buah negara telah dibawa pulang sehingga hari ini. - Bernama
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke UK dari 8 hingga 11 Mei
Semasa lawatan itu, beliau dijadual bertemu penyandang Setiausaha Agung Pertubuhan Komanwel, Patricia Scotland.
Kamarudin ketuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Doha 2022 di Doha, Qatar, dari 26 hingga 27 Mac.
Dewan Rakyat: Malaysia belum lagi iktiraf kerajaan Afghanistan - Kamarudin
Libat urus melibatkan Malaysia dan Afghanistan yang diadakan pada Januari dan Februari lepas bukan bermakna Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan Afghanistan.
Mengurangkan jurang digital bidang berpotensi untuk kerjasama EU, Indo-Pasifik
Teknologi digital diiktiraf sebagai pemacu utama ke arah mencapai pemulihan sosioekonomi yang mampan dan berdaya tahan.
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria dan Poland bermula hari ini hingga 21 Feb.
Perkembangan positif hubungan Malaysia dengan China, AS
Malaysia sentiasa mengambil inisiatif mengimbangi hubungan baik dengan China dan AS menerusi platform hubungan dua hala dan juga pelbagai hala.
Penglibatan aktif AS penting, namun bawa cabaran geopolitik
Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang pragmatis dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik dengan semua negara.
Hubungan Malaysia dengan AS, EU terus kukuh meskipun berdepan cabaran COVID
Ia dibuktikan menerusi peningkatan nilai dagangan dua hala antara Malaysia dengan AS dan EU bagi tempoh Januari hingga Julai 2021.
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
Lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.
828 rakyat Malaysia di luar negara positif COVID-19
Seramai 828 rakyat Malaysia yang menetap di luar negara disahkan dijangkiti wabak COVID-19 sejak tahun lepas, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar.